Mar 24, 2012

Segmen : Jom Kongsi Kisah Zaman Kanak-kanak Kita

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum . . . 
Click pada banner atas ni kalau nak join sekaki.
Hai korang. Hope semuanya sihat lah ye. Hari ni miza nak join satu segmen yang dianjurkan oleh Cik Dalila. Zaman kanak-kanak memang sangat indah, terasa nak patah balikkan masa je kan ? Hari ini miza nak imbas kembali dengan korang korang ke suatu alam yang diseleputi lendiran hijau like a cendol. Mavelet ! haha. Jom la ikut. Tidak akan membahayakan sesiapa pun :)
Al-kisah  . . . . .
Miza ni anak bongsu , adik beradik tiga orang je. Kakak, abang dan miza. Miza tak berapa rapat dengan kakak miza masa kecik-kecik. Yela dia terlalu besar lagi pun jarak umur 6tahun. So miza lebih suka menyebok dekat abang sebab jarak umur 3tahu je. Kemana dia pergi mesti nak ikut skali.

Masa miza budak-budak dalam darjah 1, Miza, abang, afif dan ijam suka lepak dekat suatu tempat ni. Masa ni, pemaju yang buat rumah tu dyorang tambah lagi taman dekat belakang rumah miza. So bila dah siap but belum ada orang duduk. Kitaorang suka lepak bawah longkang rumah baru tu. Besar lah jugak longkang tu. Dulu badan kecik boleh la muat =p

Tah tak tahu kenapa suke sangat lepak dekat longkang tu. siap main kejar-kejar lagi. Hahaha and suatu hari ni kitaorang buat piknik dalam ni --' miza, afif dengan ijam pacak tiga naik basikal. Pelikkan ? Ijam yang kayuh basikal. Kesian dia dah la keding kena buli plak tu. Miza selit at tengah-tengah, Afif duk belakang skali. Macam mana nak gambarkan pun tak tahu hahaha. Abang pulak tunggu dekat longkang sorang-sorang. So kitaorang pergi kedai beli makanan.

Bila dah siap makan. Konpem lah pergi main. Main kejar-kejar, sembunyi-sembunyi. Boleh dikatakan setiap rumah baru tu kitaorang main dekat situ. ok tamat sudah cerita pasal 'budak longkang' ni.

**************
Masa kecik-kecik jugak miza ni seorang yang penakot. Miza paling takot dengan lori tilam tilam. Haha sebab ibu cakap ibu nak jual miza. T_T haish. kalau dengar je lori tu lalu konpem mencicit lari masuk bilik sembunyi dalam almari. Haha Masa miza form 2 abang miza ni memang suka sangat sakat menyakat dari dulu sampai sekarang. Dia cakap miza ni anak kutip sebab miza ni tak sama macam kaka dengan abang. Sebab diaorang besar miza sorang je kurus . kehkeh. Demm ! Menangis meraung la miza golek-golek. huhu. Akteli banyak lagi kisah zaman budak hingusan miza ni. Kang karang panjang-2 tak ada sape baca. -_-' 

Harapan miza untuk kekejaman kanak-kanak ibu bapa terutamanya jaga lah anak anda sebaik mungkin. Kalau anak tu masih kecil lagi jangan biarkan anak anda pergi berseorangan ke kedai atau bermain. Teman lah mereka. And kepada anak-anak sekalian dengar lah cakap ibu bapa. Kalau mereka tak bagi keluar rumah, tolong lah jangan melawan. Takot allah murka. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Wassalam.
Zaman budak hingusan korang pulak macam mana ? Hahaha Miza zaman budak longkang . :3 err =3='
Ce kongsi ce kongsi :D
P/S : Wa rasa dah macam karangan -_-' terasa nak buat ayat karangan wa yang selalu tu je . err huhu

Mar 12, 2012

Bila aku tengok kau je blur , bila kau tengok aku je aku blur --'

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum . . . 

Hai korang , blog kembali menyepi ditemani dengan labah2 yang membuat rumah yang ingin bermadu asmara dekat blog ni . Biar lah mereka kan? Makhlu tu pun nak hidup gak, macam kita sebagai manusia nak membiakkan generasi dia. #hohoho abaikan miza merepek ape. --' skali skala. Hari ni miza nak guna ganti diri 'AKU'. Da lama aku yok yoo oo baikkan ? hari ni nak mengganas jap . huahuahua *gelak kejam sambil pegang parang* #Dyorang tak takut pun lah =3=

Pada petang yang indah ditemani dengan hujan yang renyai-renyai ditambah pula angin sepoi-sepoi bahasa *ya allah sedapnya dibuyai mimpi bersama aaron ajis bermadu asmara* yang mengatakan aku berkurun lamanya meninggalkan suami dan anak-anak mencari nafkah untuk menyara kelurga tercinta. Aucaaakkkk mama dah balik ! ohh rindunya dekat jiran tetanggaku yang baik hati semuanya.  Kuberlari bagaikan awan nano yang mengibas rambut gerbangnya untuk mendapatkan dia. Kupelok erat-erat dirinya dan kucium dahi dan pipinya yang gebu tanda aku rindu padanya. Lalu aku berkata "Awak saya rindu awak" sambil menangis teresak esak.



Dengan hati yang melanda kerinduan terhadapnya, aku terus meluahkan segala perasaan yang kupendam selama ini. Tapi apakan daya tidak semua dapat kuluahkan sebab bila aku melihat wajahnya aku selalu terdiam lalu mukaku akan bertuka wajah menjadi. . . .

Sambil gigit bibir menahan kegeraman ! Idea wa da wa perap lama sangat sampai leh wat jeruk . Aku tak tahu nak bebel ape . Sebab aku tengah blur --' Ohh demm ! mencik ! korek korek korek idea . ok miza mintak maaf sebab entry ni mengarut T_T jangan baling lori at miza . baling makanan tak pe :3 *tak baik membazir*

korang pernah alami macam ni tak ? hohoho =3= rasa nak baling je kan computer ni . boleh dapat komputer baru . ok la miza tahu korang bosan dengan miza . wuwuwuw *nangis guling2* tak pelah . Baik miza hadap buku. kerja melambak kot . Korang jangan la bosan dengan miza . Sebelum nak hadap buku meh la miza nak ziarah jiran tetangga . Mana tahu dapat skandle barukan ? :D

P/S : Hari ni otak tak betoi sangat tu yang mengarot. Maaf tau. Ketandusan idea T_T. Miza tahu miza mencarot. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Wassalam :')