Dec 19, 2013

Peristiwa PMR 2011

Assalamualaikum. . .
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


*pandang ke langi biru*

Tersenyum melihat awan-awan yang cantik di pagi hari. Subhanallah indahnya kan ciptaan Allah. Tenang je.

Hari ni kita semua tahu adik-adik yang ambil PMR akan memperoleh keputusan mereka. Tertunduk senyum miza dibuatnya. Allah malu, sebak, hiba apabila terkenang masa zaman miza ambil reult PMR pada tahun 2011. Malu pada Allah apabila mengingati kembali riaksi pada masa tu.

Bukan nak riak atau apa, cuma nak kongsikan pengalaman yang ada. Moga kita semua dapat menjadi hamba Allah yang dikasihinya dan diredhainya. Inysallah mudah-mudahan. Aamiin :')

Pagi tu miza agak tenang juga la, tapi dalam hati ada la juga rasa berdebar. Sebelum pergi ke sekolah miza buat dulu solat hajat.Tapi tu lah, masa tu tengah jahil. Tak tahu malu. Yela mana tak nya. Solat fardu 5 waktu tak pernah cukup. Hidup dipenuhi dengan gelombang dosa. Astghfirullahalazim. Allahhuakbar. *menitis air mata* *tertunduk senyum*

Tapi meminta-minta pada Allah tanpa taubat. Rasa malu sekarang ni bila teringat. Yaa lah, masa tu cuma fikir dalam kepala siapa lagi kita nak mengharap, kalau bukan hanya kepada Allah. Miza yakin, Allah maha pemurah lagi maha pengampun. Berserah 100% pada Allah.

Pagi tu juga, banyak kali cakap dengan ibu.

"Ibu... ibu redhakan walau apa pun keputusan adik nanti ? Ibu terimakan ketentuan Allah ?"

Berulang kali miza ucapkan ayat itu masa pagi tu. Ayah Allah takdirkan masuk hospital sebab sakit buah pinggang. Abang, kakak pula dekat Universiti masing-masing. Jadi miza bertemankan Allah dan ibu ke sekolah.

Sampai sahaja di sekolah, miza tak dapat ambil lagi sebab diarahkan ke library. Biasalah kalau ada record tak pulang buku memang kena tahan. Allah, tiba-tiba kawan-kawan yang lain kebanyakkannya dah tahu result mereka. Rasa gembira jugalah apabila dapat tahu mereka ramai yang dapat 8A dan 7A.

Lepas dah urusan di library, miza kembali ke dewan nak tahu keputusan. Ada budak kelas miza dari jauh jerit.

"Miza ! ! kau dapat 5A"

"Kau berapa ? Aku dapat 7A"

" Ouhh tahniah"

Allahhuakbar, tak dapat nak gambarkan masa tu. Air mata berderai jatuh dari kelopak mata. Walau ditahan sekuat mungkin. Betul-betul tak mampu nak menahan. Masuk je dewan ibu cakap, kenapa lama sangat. Miza terus menuju ke meja guru kelas miza.

Dia hulurkan result PMR miza sambil mengucapkan "Tahniah awak dapat 5A 3B" dan kata-kata semangat beliau. Walauapa pun alhamdulillah Matamatik dan Sains miza dapat A. Syukur.

Balik tu miza dengan ibu bersiap-siap nak pergi ke hospital lawat ayah. Sepanjang perjalanan tu ramai juga la yang call nak tahu keputusan. Tapi itu la, memang sedih, betul-betul sedih.

Sepanjang perjalanan ibu membisukan diri. Siapa tak sedih apabila ibu sendiri tak nak cakap dengan kita. Sampai hospital Batu Pahat miza nangis tak henti. Ayah pula tengah cuci darah masa tu kat Hospital. Jadi tunggula.Lepas zuhur ayah siap.

Ayah tanya kat ibu, kenapa adik nangis. Tak ingat jawapan ibu. Lepas tu ayah pujuk, ayah ucapkan tahniah. Miza tahu ayah memahami. Yaa dalam hati bukan nak apa-apa cuma mengharapkan ayah dan ibu ucap tahniah, itu sudah cukup bagi miza. Allah. hari tu juga ayah dah dapat pulang ke rumah.

Syukur alhamdulillah. Keesokan harinya, ibu masih berdiam diri. Memang miza menangis tak henti dari semalam. Petang tu hujan. Miza nak keluar dengan sahabat karib miza, Anis. Yelaa jiwa remaja mana tak memberontak. Dalam kepala fikir nak luahkan segala-galanya. Tapi ibu tak izinkan masa tu.

Miza degil, tak nak dengar kata. Bentak-betak tanda protes. Lepas tu ayah balik, ayah izinkan. Miza pergi la rumah anis, kita orang plan pergi satu tempat ni. Sepanjang perjalanan miza luahkan apa yang terbuku dihati.

"Bodoh sangat ke aku ni ? Teruk sangat ke result aku ? Memang tak bagus ke kalau dapat 5A je ?"

Allah, time tu betul-betul jahil. Tu la, padah lawan cakap ibu kan Allah dah murka. Dalam perjalanan tu miza ditakdirkan accident. Masa tu bawa motor LC abang baru beli yang miza guna sekarang ni. Anis cuma tergolek ke tepi jalan. Miza pula kena sagat atas jalan raya dan kaki pula kena hempap motor.

Ada la abang ni bantu angkat motor tu. Mujur tak teruk sangat dan Allah masih bagi peluang kedua. Miza dengan anis pergi la ke tepi parit basuh luka yang ada. Masa tu kepala tengah mamai, macam ingat tak ingat. Allah, anis bagi tahu yang miza masa tu banyak merapu.

Lepas tu sebok tanya result dah keluar ke. Dapat berapa A. Hahaha lucu pula bila ingat kembali. Masa tu tak berani nak balik rumah terus, takut kena marah. Jadi ambil keputusan pergi rumah Anis. Mak anis sapukan minyak gamat kat luka-luka ni. Lepas tu dia tolong call kan ibu ayah miza.

Adoii, memang lemah semangat. Dah dekat maghrib ayah ibu datang ambil. Motor pula tinggal rumah dia dulu. Sah kena bebel. Sampai rumah minta maaf kat ayah dengan ibu sambil nangis-nangis. Takut weyh kalau jadi anak derhaka. Tak cium bau syurga tu. Nauzubillah min zalik. Memang tak bahagia la jawabnya. Apa taknya kalau Allah dah murka.

Dah reda lepas solat Maghrib, ibu suruh buat solat taubat. Jadi pergi la buat, minta ampun pada Allah. Malam tu pula rasa macam dagu ni bukan luka biasa. Sekali rupanya koyak. Allah. Tengah malam ayah ibu bawak pergi klinik untuk jahit. Lepas tu pihak klinik bawak ke hospital naik ambulance.

Ibu dengan miza je pergi. Kesian pula tengok ibu, sanggup korbankan masa. Dalam ambulance bual-bual dengan apa tah orang panggil lupa namanya. Miza kena tahan wad satu malam. Esok balik.

Tu lah, padah apabila kita derhaka dengan ibu atau ayah. Allah pasti murka. Alhamdulillah Allah bagi lagi peluang untuk jadi hambanya yang lebih baik :')

Moral of the story, walauapa pun keputusan yang diberi, jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Jangan jadi manusia seperti tiada agama. Redha, kita dah usaha yang terbaik. Itu dah keputusan yang terbaik Allah beri. Pasti ada hikmah yang tersembunyi dan jadilah anak yang taat akan ibu bapa.
Keredhaan ibu bapa merupakan keredhaan Allah. Ingat tu :')
Gagal sekali bukan gagal selamanya jika kita bangkit kembali ! 
Allahhuakbar !

Buat adik-adik yang ambil result PMR hari ni, cuma nak cakap kalau boleh walauapa pun result adik terima nanti cuba-cuba lah, pujuk diri buat sujud syukur kepada Allah. Apa-apa pun redha. Allah dah tetapkan yang terbaik. Jangan jadi buta. Syukur, fikir setiap apa yang Allah beri itu merupakan ujian. Allah nak lihat Adakah kita menjadi hambanya yang bersyukur ?  Tepuk dada tanya iman. Wallahua'lam.

Semoga mendapat result yang diredhai oleh Allah  Aamiin.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam. 

Dec 18, 2013

Dapat art free dari abang Budoxe Lee

Assalamualaikum
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Alhamdulillah dapat doodle art daripada abang Budoxe Lee. Terima lah kasih.
Suatu pagi selepas kemas rumah online kejap. Tiba-tiba terima mesej dalam inbox facebook. Perhatikan lama-lama nama tersebut. Macam kenal. Ohh haah la abang Budoxe Lee

Di bibir dah terukir senyuman melebar tetapi dalam hati sengaja tertanya-tanya.

'Ada apa ni tiba-tiba abang budoxe lee inbox aku ni'

Keh keh keh. 

abang budoxe lee pun menulis ayat yang begitu ringkas. 

"dah siap art request. bla bla bla" Ayat seterusnya.

Tersenyum simpul aku dibuatnya. pandai kau miza jadi kura-kura yang suka berpura-pura. Ohh yaa cakap pasal kura-kura rindu pula jadinya pada abang blogger yang guna tittle kura-kura tu. Moga abang di sana sentiasa dalam lindungan kasih sayang dan rahmatnya.

Cewahh. pheww ayat ~ 
Blog abang kura-kura yang suka berpura-pura : :99:
Dengar cerita abang ni dah tukar blog. Tekan-tekan tak dapat. Hmm sedih, rindu pun ada :sadder:

Actually rasa bersykur sangat-sangat. Alhamdulillah kehadrat ilahi, tak sangka ingat itu hari saja je nyakat abang budoxe lee. cakap cantik doodle dia, nak juga boleh *tebalkan muka sambil buat muka tak malu* :yummy: Wkwkwkwk

Abang budoxe lee tanya kat miza yang miza nak art trade ke dengan dia. Hehehe miza cakap la tak nak, sebab malas sangat-sangat nak mendoodol. ehh silap men-doodle :face36:

Miza cakap nak doodle free boleh ? Hahaha tu yang dapat. Tak sangka. Terima kasih sangat-sangat abang budoxe lee. tak tahu nak cakap macam mana. Hanya mampu berdoa. Moga Allah balas segala kebaikan abang budoxe lee dan kat sesiapa la yang pernah buatkan doodle untuk miza :face64:

Sangat-sangat cantik doodle tu kan ? Yang seronoknya abang budoxe lee ni dia mendoodle dengan caranya tersendiri. memang Awesome habis :love:

Alhamdulillah ya Allah. Rezeki daripada Allah. Siapa sangkakan pemurahnya Allah ini mampu menggerakkan hati seseorang 

Jom ramai-ramai pakat like page FB abang budoce lee : :99:
Ni kalau nak tengok cara-cara abang budoxe lee buat doodol. hee : :99:
Jom terjah dan follow blog abang budoxe lee :inlove: : :99:

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam. 

Dec 14, 2013

Hari ni genap setahun rumahku terbakar

Assalamualaikum. . .
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


*Angin sepoi-sepoi bahasa membasahi pipiku bersama embumnya*

Hmm nyamanya pagi-pagi ni kan. Saat aku bersendirian di malam hari, aku teringat akan sesuatu. Suatu peristiwa yang tak kan pernah aku lupa. Yaa suatu kejadian yang berlaku depan mataku sendiri. Seperti tak percaya yang berlaku ini semua adalah terhadap diriku dan keluargaku

Hari ni 13 December 2013. Maka genaplah suatu tragedi hitam yang tak dalah menghantui sangat sebab miza sendiri terima dengan redha. Tragedi hitam yang telah membakar rumahku. Dalam kira-kira jam 11.00 pagi.

Time tu miza tengah tidur dalam bilik miza berhampiran dapur. Ibu di depan dekat ruang tamu. Miza terjaga pun sebab terbau hangit. Ibu kata ibu nak buat air gula a.k.a ibu sirap untuk ayah.

. Allahhuakbar, bangun-bangun pergi dapur api tengah marak. Biasalah kalau kita hanya perempuan sahja dekat ruamh confirm panic teramat sangat.

Nampak je api panggil ibu. Dalam kepala tong gas. Yaa tong gas kena bawa keluar. Wajib ! Mula-mula angkat satu tong gas ni. Lepas angkat yang tu terus dail 999. Alahai banyak pula dia soal tme time tengah emergency. Masa tengah call, miza bagi ibu miza. Miza pergi angkat tong gas lagi satu.

Cemas sangat sangat cemas yang dapat digambarkan. Alhamdulillah time tu Allah nak selamatkan pintu  gate pula tak berkunci. Kalau tak mungkin kita dah tak jumpa lagi. Tiada lagi Nur Hamizah bt. Mohd Idgihat ni. Dah rentong beb. Tapi itu la, jiran kiri kanan pula tiada sebab dia orang semua kerja.

Nasib time tu ada pak cik ni lalu, dia tolong panggilkan bomba swasta. Sebab miza punya ni dari Yong Peng. Ada la dalam 10 minit berlalu dia sampai. Miza dengan ibu miza diri depan rumah. Menangis tak tentu hala. 

Dalam kepala hanaya ingat Allah, Allah, dan Allah. Yaa hanya Allah dapat bantu. Teringat sesuatu. AZAN ! Sekuat hati miza, miza laungkan azan. Ada ustaz kata api tu juga merupakan Jin. Macam Ribut, That's why la kita disuruh Azan :')

Allahhuakbar, tak dapat nak digambarkan saat itu. Dapur la paling teruk. Ayah ? Ayah kami tak bagi tahu, sebab ayah tengah cuci darah (Hemodalysis). Ibu kata takut ayah kena serangan jantung. Jadi kami biarkan lah sampai dia balik. Nasib Allah masih tinggalkan tempat teduh dekat ruang depan sekali.

Kakak abang miza masing-masing dekat Universiti. Semua orang ibu tak bagi tahu, yang sebar-sebarkan pun mak cik pak cik miza. Hanya Allah yang dapat balas segala bantuan yang telah diberikan kepada kami sekeluarga. Allahhukbar.

Ni rumah masa kebakaran. Allahhuakbar. Allah uji kerana Allah sayang. Tapi miza syukur kerana Allah uji sebegini lah. Alhamdulillah kini miza lebih mendekatkan diri kepadanya. Moga cinta yang miza rasai ini Allah serapkan kepada blogger-blogger dan para pembaca semua. Aamiin :')
Ruangan hala ke dapur. Ni dah time kemas-kemas. Kemas pun kami sekeluarga. Tak apa Allah ada :)

Ni nak kongsi sikit ilmu dari sahabat miza sendiri. Amalkan la ni jika kita sedang berduka cita atau ditimpa musibah. Insyaallah Allah hadirkan sesuatu yang kita tak jangka ^_____________^

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam. 

Dec 12, 2013

Cinta tak mengenal kau siapa. Ehh ?

Assalamualaiakum. . .
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Ehehehehehe *tersengeh-sengeh*

Lucu, kelakar, betul-betul mencuit hati gelagat adik librian sekolah miza yang baru berusia 13 tahun form 1 kelas Rancangan Khas 1 (1 KRK 1) kata dia jatuh cinta dekat miza. 

"I love you so much forever akak"

Hahaha mula-mula layankan jela budak ni. Lagi pun dia anak cikgu BM miza. FB yang dia guna pun FB mama dia. Habis lah kau miza >.< Warghhh nasib dah habis sekolah. Takut jugak dalam hati ni.

"Akak sebenarnya saya telah jatuh cinta kat akak, kbye, i love you so much"

"Alamak godaan syaitan"

"Akak ?? On balik, akak dah baca ?"

Seriously ayat dia buat miza geli hati. ^____^ Comel je perangai awak kan adik ahahaha.

"Saya memang betul-betul sukakan akak"

"serious ni ! Akak ni kan !"

"Akak boleh couple ?"

Ahahaha sampai part ni raasa nak lempang pun ada. Haish sabar je la. >____<

Tapikan ada ayat dia buat miza rasa betul-betul pilu, betul-betul terasa sebak dengan ayat dia. Sedih, rasa nak menangis pun ada. Hmm

"Nanti tahun depan rombongan pustakawan dah tak best sebab dah tak ada akak yang tersayang nih!!"

Sumpah sebak apabila dia cakap macam tu, confirm miza akan rindukan hero-hero librian SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor ni. Tapi paling lucu apabila dia kata muka miza macam ex awek dia. Haish adik-adik kecik-kecik dah pandai XD

Hmm lepas ni memang betul-betul akan rindukan semua budak-budak librian lagi-lagi dekat geng pink SMK Datuk Menteri, Hero-hero librian, Ghuhan, Amir, Afiq, Azizi and the geng (Tak ingat nama >.< Ahaha), Puteri-puteri librian, paling rindu nak dengar orang panggil perkataan IBU atau MAK dekat miza.

Lepas ni dah tak dengar usikan daripada dia orang semua, Rindu nak kawal dia orang jalankan tugas, rindu nak dengar gelak tawa dia orang. Hmm RINDU ! ! ! ! ! ! ! ! :(

Buat adik amir, moga rasa cinta adik tu Allah bawa terbang untuk mencintai ya Rabb dan rasul junjungan nabi Muhammad SAW. Aamiin :') 

Ni Aku lukis
Miza, Zulaikha, Nurin, Iman.
Ni pula Anis yang lukis, alaa dia pernah jadi follower kak Lyssa yang ke 44 444 Ahaks XD
Iman, Nurin, Hasliana, Anis, Aku. Zulaikha. Mereka semua sahabat saya :)
P/S : Kalau nak cerita pasal budak kelas memang lagi lah, banyak suka dan duka. Ohh esok dia orang rancang nak buat BBQ. Nyum nyum :P
P/S 2 : Malam ni malam Jumaat. Jom baca yassin mintak Allah lembutkan hati penanda SPM ^__^
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam. 

Dec 11, 2013

10 Alasan Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Assalamualaikum. . .
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.



1. Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga ke?

Awak, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka. Faham ?

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan? Ohh pasti tidak. 

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut. Kau faham tak ? Harap je kata yang awak tuh sayang ayah dan abang serta adik-adik lelaki awak tapi tutup tak mahu. *geleng kepala*

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga? Hmm lagi satu ibu kata orang akan lihat luaran dulu. So jangan la nak marah kalau orang judge kau by it's what you ware. *Menitis air mata*

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti ?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya. Jangan cabar amaran Allah. 

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah? *berdekah syaitan durjana kegembiraan melihat kebodohan manusia*

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Macam mana seru tu ?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti. Nak tunggu malaikat maut seru. Gitu ?

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi"

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat !


Dari segi gambar pun kita dah fahamkan maksud tersiratnya ? Fikir-fikirkan :)
Tak apa la, kita kan masih jahil. Moga Allah buka pintu hati kita semua untuk menutup aurat mengikut syariat Islam. Moga Allah beri hidayah buat kita dan bimbing kita ke jalan yang dia redhai-NYA.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam. 

Dec 10, 2013

Segalanya aku ada Allah. Ada masalah ke ?

Assalamualaikum. . .
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Hmm ada kawan aku ni tanyakan kepadaku

"Sekarang couple dengan siapa"

"Allah dan rasulullah"

"Serious boleh tak ?"

"Allah dan Rasulullah"

"Hmm."

"Hati aku terasa sudah jatuh cinta. Cinta kepada yang maha Agung, Allahhuakbar. Moga cintanya diserapkan di hati kau juga"

"Hm boleh percaya ke ?"

"Terpulang. Aku tak memaksa =)"

Dan bla bla bla tiba-tiba ayat herdikkan dushhh ! Kena panahan di wajahku.

"Kau ingat kau baik sangat ke ?"

"Entah, aku tak kata apa-apa. Tapi, aku sentiasa merasa diriku hina di hadapan Allah. Aku sedar diri aku penuh dengan dosa. Kau nak dekat dengan diri aku pun sebab dengan belas kasihan Allah telah menutup keaiban aku. Dan aku sentiasa merasa diriku tak layak akan syurga Allah tapi aku tak sanggup nak menanggung seksaan neraka Allah"

*menitis air mata*

"Sudah la kau"

"Tak apa la, apa yang aku selalu mengharap moga hatimu dilembutkan agar mudah menerima hidayah Allah :')"

"Macam mana nak tahu kita terima hidayah ?"

"Ustazah aku kata, seseorang yang mudah dengar nasihat tu dia dah dapat hidayah Allah la. Wallahua'lam"

Moga kita semua diberi hidayah Allah dan sentiasa dalam lindungan kasih sayangnya. Amin :')

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Sep 29, 2013

Melupakan bukan kerana membenci.

Assalamualaikum. . .


Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Apa khabar iman kita hari ini ? Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Assif jiddan kepada semua yang hadir ke blog miza ni jika tiada entry yang akan diupdate. Harap dapat dimaafkan. 
"Aku melupakan bukan kerana aku membenci,
tetapi aku melupakan kerana aku punya tujuan,
iaitu aku ingin mencapai kejayaan yang cemerlang." 
Masih ternigiang-ngian ditelinga apabila sahabatku sendiri berkata,
Siapa lagi yang nak kembalikan kegemilangan Islam 
dan
mengegakkan syiar Islam kalau bukan diri kita ?
Ayuh, bangkitlah wahai umat Islam sekalian. Allahhuakbar !
Paling penting apabila sudah hampir menjelang waktu peperiksaan ni dekatkan diri kepada Allah, jauhkan maksiat, jauhkan perkara yang sia-sia, banyakkan latihan. Insyaallah Allah akan bantu. Niat itu penting, niat bukan untuk peperiksaan, tetapi niat kerana Allah.
Yakin pada diri, yakin pada Allah, bersangka baik kepada Allah kerana Allah pernah berfirman "Sesungguhnya aku mengikut sangkaan hambaku"
 JANGAN MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN YA KAWAN-KAWAN !

Hanya sia-sia saja kalau meniru. Sesungguhnya kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Biarlah result kita macam mana sekalipun, asalkan result kita tu diredhai Allah ^◡^

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."
"Ya Allah, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
 Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan cemerlang + Kejayaan yang diredhai Allah. 
 Insyaallah kejayaan milik kita. 

Ok la kawan-kawan semua, miza mohon maaf ya sebab miza dah buat keputusan buat masa ni miza nak lebih utamakan SPM yang hanya sekali dalam hidup. Doakan kejayaan miza dan kawan-kawan seperjuangan yaa. Jazakumullah khairan kathira. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua.

Kepada yang membenci, ku kirimkan doa agar dirimu sentiasa dirahmati dan diberikan hidayah oleh Allah. Maafkan segala salah silapku yang pernah aku lakukan sama ada sengaja mahupun tidak.

Kepada yang menyayangi, ku berdoa agar dirimu sentiasa disayangi dan dicantai Allah yang maha pengasih lagi maha penyang.

Kepada yang merindui, ku titipkan salam buat dirimu yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati. Semoga Allah menambatkan perasaan rindu dan sayangmu yang kuat kepada Allah dan rasul junjungan Nabi Muhammad SAW di dalam hatimu.

Kepada yang sentiasa mendoakan dalam diam, ku berdoa agar Allah sentiasa memimpinmu ke jalan yang diredhainya. Amin ya Allah.

Aku tidaklah sejahat yang kamu katakan, dan bukan pula sebaik yang kamu fikirkan. Aku hanya insan biasa, hamba Allah yang sangat lemah. Mohon ampun dan maaf atas salah dan silap. Allahhuakbar. 

Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah. 
Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat. Amin.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Sep 18, 2013

Anggap la ini satu sedekah.

Assalamualaikum. . .


Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Apa khabar iman kita hari ni ? Sihat semua para pembaca yang singgah ni ? Alhamdulillah kalau kita dilanda sakit kerana itu kan merupakan tanda Allah sayangkan kita. Hehe. 

Sejak-sejak nak SPM ni makin kerap pula layan blog, lawat blog sana sini. Cuba melawan nafsu tapi. . . Allahhuakbar ! Insyaallah akan cuba dikuatkan semangat. >_<

Tahu ~ benda ni selalu disebut-sebut dekat blog blogger-blogger lain iaitu Link di Shoutbox yang berada di sidebar blog masing-masing. Al-maklum lah kalau dah ada yang singgah blog kita lagi-lagi yang siap puji letup-letup tu sah timbul rasa excited kita nak terjah balik.

Tapi, yang selalu membuatkan blogger lain tak puas hati, geram, marah adalah apabila kita nak balas kunjungan yang hadir dan nak 'click' link blog tersebut tiba-tiba. . . . .  . . . . . . . . . . link-nya di-link-kan kepada link tabung blog kawan-kawan. 

Tak dinafikan bahawa dulu miza ada juga rasa macam tu. Tu yang buat caption atas shoutbox XD
Jujur Allah Maha Melihat
Hehehehe. Tapi, hari ni miza sedar kerana miza lupa selama ni bahawasanya rezeki itu kan Allah yang punya. Setiap kali kita click link itu sama ada dengan rela hati mahu pun tak sengaja anggap la itu sebagai satu sedekah kita buat si 'dia'.

Reset minda kita. Fikirkan yang positif. Buat kerana Allah. Insyaallah pahala ganjarannya. Sama-sama kita memperbaiki diri kita.

Asif jiddan, maafkan miza jika ada salah dan silap mana yang terguris. Tak ada niat nak kaitkan dengan yang hidup atau pun yang sudah mati. Kembali kepada point utama iaitu untuk diri sendiri.
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Sep 14, 2013

Apa itu 'Jazakallah Khairan Kathira ?". Mari kita amalkan.

Assalamualaikum. . .


Apa khabar kawan-kawan? Semoga sihat selalu disamping rahmat Allah. Apa khabar iman kita hari ni ? Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah. Amin 

Sejak kebelakangan ni miza suka membudayakan seni bicara bahasa arab dengan kawan-kawan sekeliling miza. Miza mula jatuh cinta akan kelembutan bahasa arab ni melalui sahabat karib kesayangan miza.ni. Nama anak gadis ni ialah Raja Nursyuhada atau lebih mesra dikenali sebagai Syada. Ini blog dia click dan ini tumblr dia click. Subhanallah semoga segala amalmu diterima Allah wahai sahabatku :')

Miza sering kali menggunakan perkataan Jazakallah khairan atau Jazakillah khairan atau Jazakumullah khairan untuk menggantikan ucapan Terima Kasih dan Thanks. Alhamdulillah ramai la juga yang tanya apakah maksud disebalik perkataan yang indah itu.

Dah lama niat nak kongsikan. Actually miza belajar ini pun daripada seorang blogger ni. Sebab time tu tengah meng-google. Jadi rasa tertarik pula.

Selalunya apabila ada yang memberi sesuatu pasti kita akan cakap Terima Kasih, Thanks, Arigato dan sebagainya.

Sebenarnya ada kelebihan ucapan "Jazakallah khairan kathira" ni kerana ucapan ini bukan sekadar ucapan malah dapat mendoakannya juga. Macam pepetah Melayu ada berkata bahawa sambil menyelam minum air.

Oleh itu, mari kita amalkan ramai-ramai. Semoga memberi manfaat 
Jazakallah khairan kathira (untuk seorang lelaki)
Jazakillah khairan kathira (untuk seorang perempuan)
Jazakumullah khairan kathira (untuk ramai)
Ini pula adalah maksud disebalik ucapan tersebut :
Jazakallah khairan = Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu. 
Jazakallah khairan kathira = Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu 
Sebaiknya apabila kita mendengar seseorang mengucapkan Jazakallah khairan / Jazakallah khairan kathira, jawab lah dengan ucapan ini : 
Wa iyyaka (untuk seorang lelaki)
Wa iyyaki (untuk seorang perempuan)
Wa iyyakum (untuk ramai.

Ini pula adalah maksudnya :
Dan ke atas kamu juga
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.
Semoga Bermanfaat =D 

Sep 12, 2013

Tutorial Tittle Sidebar Kedua-dua ada hover.

Assalamualaikum. . .

Apa khabar iman kita hari ini ? Harap tuan yang membaca ini juga sihat sentiasa dalam rahmat Allah. Firstly, miza mohon maaf kepada pembaca yang sudi singgah Cik Chokie's Blog ni. Al maklum lah apabila dah habis trial SPM ni, satu satu subjek dapat result. Alhamdulillah. Jadi pembetulan confirm la kena buat. Agak busy sebab lepas ni kena lebih focus :')

Hmm actually agak tekilan sebab terlepas apa yang dihajatkan. Pape pun miza ucapkan Tahniah buat kak Jijah sebab selamat lahirkan Khalifah comel di muka bumi ni. Nak tahu siapa dia ? Click love ni 

Tadi masa on blog ni ada terbaca comment akak deno yang comel ni.
Tittle sidebar sebelum disentuh :

Tittle sidebar apabila disentuh :

Ok jom kita mulakan tutorial ni. 

1. Dashboard  Template  Edit HTML

2. Akan keluar seperti ini, click number 13.

3. Tekan Ctrl F dan cari h2 { atau /* Headings

4. Copy paste code bawah ni di bawah code /* Headings atau ganti code h2 {
h2 {
text-align:center;
font: 13px arial;
color: #616161;
border-top: 3px solid #FFACAC;
border-bottom: 3px solid #FFACAC;
background: url(Icon Sebelum Hover);
background-position:bottom right;
background-repeat:no-repeat;
background-color: #FFDCDC;
padding: 3px;
}
.sidebar h2:hover {
text-align:center;
font: 13px arial;
color: #616161;
border-top: 3px solid #95CEFF;
border-bottom: 3px solid #95CEFF;
background: url(Icon Selepas Hover);
background-position:bottom left;
background-repeat:no-repeat;
background-color: #DCE9FF;
margin:1em;
padding-left: 50px;
-webkit-transition-duration: 2s;
font: 13px arial;
color: #616161;
}
5. Perkara yang perlu ditukar :
 Biru : Tukar colour dan border sebelum hover
Mereh : Tukar icon sebelum hover
Coklat emas : Tukar colour dan border selepas hover
Pink : Tukar Icon selepas hover
Tukar colour click .
Tukar border : Solid, Dashed, Dotted. 
Tukar icon click   
 
P/S : Jika nak dikongsikan, dipersilakan. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.