Mar 14, 2014

Mati tak pernah kenal siapa pun kita. Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.



Sebuah kisah benar, suatu kisah yang buka mata hati miza sendiri. Allah. Walau tak pernah kenal siapa pun dia, Allah miza terasa kagum dengannya. Credit kisah ini kepada Mujahid Aiman. Allah.
- - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - 
"Muja, macam mana nak jadi pandai macam mung?"

Sahabat daripada terengganu tanya aku.


Sungguh-sungguh dia tanya.

Macam biasa, aku just kata aku tak pandai ah.

"Aku nak result PMR aku molek! Ajar aku dehh"

Kalau ada masalah dalam akademik dia tanya aku.

Selalu dia rujuk aku. Malam-malam masa prep dia jumpa aku.



Dia kurang pandai. Tapi dia usaha nak pandai.

"Muja, bukan gitu sepak bola. Gini haa."

Aku memang hampeh main futsal.
Ramai je yang gelakkan aku.

Tapi dia je yang selalu ajar aku.
Dia spend masa ajar aku.

Dia selalu ajak aku main futsal.

"Lama-lama mung pandai ah."

Allah bagi kelebihan kat dia dalam hafalan Quran.

Hafalan quran dia banyak dan dia amat komited nak jadi Al-Hafiz.
Al-Quran selalu kat tangan dia. Macam sahabat baik dia dah.

Walaupun selalu melepak dan main futsal, Al-Quran prioriti dia.

Result PMR dia tak bagus mana. Tapi dia tetap bersyukur.
Then aku masuk KISAS, dia stay kat sekolah Tahfiz di mana kami bertemu.

SMU(A)Al-Kauthar. di sana kami bertemu, di sana juga kami berpisah.

'Muja, aku nak masuk KISAS. aku nak ambik STAM.'

Dia inbox kat Facebook.
Ehh kenapa tetiba ni.

'Aku nak jadi macam mung.'

Eh Alhamdulillah dia nak masuk KISAS 

Aku happy. Aku offer nak handle dia boleh masuk KISAS

Pastu aku dah lama tak contact dia.
Lebih kurang beberapa bulan.

Tetiba pagi tadi phone ringing.
Azim call.

"Wehh Muja, Abrar meninggal dunia pagi tadi."

"Abrar mana ni?"

"Abrar mana lagi? Abrar kauthar ah."

"Abrar kena langgar bas masa on the way balik daripada masjid.'"

Abrar?

What?

Menangis. Aku menangis.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.

Mustahil.

Dia masih muda. Baru 17 tahun.
Mana mungkin dia mati!

Itu getus dalam hati aku.
Aku tidak percaya khabar itu.
Tak masuk logik akal aku!

Tapi,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati (Ali Imran: 185)

Siapa kata mati masa tua kerepot je?
Silap. Sungguh aku silap!

Aku tengok status Facebook dia, tak sabar tunggu 20.3.2014
Dia excited nak ambik result SPM.

Dia yakin result dia gempak!

Mungkin selepas dia berusaha sungguh-sungguh untuk SPM.
Bersungguh untuk bangkit setelah tewas dalam PMR.

Aku tahu dia memang berusaha betul untuk SPM.

Tapi,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati (Ali Imran: 185)

Aku tahu itu.
Aku maklum aku akan mati.
Aku hafal ayat itu.

Tapi,

Apa yang aku fikir sekarang?
Apa yang berlegar dalam otak aku sekarang?
Apa yang aku fikir sekarang SPM SPM SPM!

Mati aku tak fikir langsung.
Aku tak kesah langsung.

Mati aku tahu ke bila?
Apakah aku dah sedia nak mati?

Aku ni yakin gila aku mati lepas result SPM.
Aku macam yakin 100% yang aku mati lepas SPM.

Padahal,

Mati bila-bila.
Boleh 5 saat lagi.
Boleh 5 jam lagi.

Namun mengapakah aku amat yakin aku mati lepas ambik result SPM?
Astaghfirullah.

Abrar,
6 hari lagikan kita nak ambik result?

Tapi Abrar tak tahu dia mati hari ini.
Ketentuan Ilahi dia mati hari jumaat.

Benar. Hari Jumaat.
MasyaAllah hari jumaat.

Moga Allah bagi Syurga kat Abrar.
Ada berkat Abrar meninggal dunia hari ini.

mati dalam pakaian ke Masjid.
mati dalam pakaian Sunnah.
mati setelah solat subuh di Masjid.

Aku doakan kau Syahid Abrar!
Aku doakan kau jadi Ahli Syurga.

Tunggu aku.
Aku akan menyusuli.
Dengan title Syahid InshaaAllah.

Mohon sedekah Al-Fatihah untuk Abrar bin Abd Zaman @ Bakri

Al-Fatihah.

p/s : ambil pengajaran. jangan yakin sangat kita hidup 5 saat akan datang =')



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - -

Allahhuakbar. Deep. Benar kata suadara Mujahid Aiman, miza akui sendiri sejak akhir-akhir ni result SPM yang miza fikirkan. Sedangkan fikir akan kematian ? Hanyut.

Allah, aku sedar kembali. Pernah suatu hari aku bermain bersama apa yang ada dalam kepalaku sendiri, aku terfikir seandainya langkah kakiku ini menghapiri keputusan SPM ku nanti aku rebah ke bumi dengan kalimah LaillahaillaAllah, Muhammadurrasulullah. Allah.

Ya Allah, matikan lah kami dalam keimanan.
Ya Allah, matikan lah kami dalam kebaikan.
Ya Allah, matikan lah kami dalam menyebut kalimah LaillahaillaAllah Muhammadurrasulullah.
Ya Allah, matikan lah kami dalam keadaan Syahid disisi-Mu.

WasollaAllahu `Ala Sayyidina Muhammad, 
Wa `Ala Aaaalihi Wa Sohbihi Wa Sallam,
Wal Hamdulillahi Robbil `Aaaalamin.

Taqabballalah hu minna waminkum.
Minna wa min kum taqabbal ya karim.

 Subahanallah. Alhamdulillah. Allahhuakbar.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Innalillahi waiinnaillaihi rojiun.
Budak Terengganu.
Abrar bin Abd Zaman @ Bakri.
Insyaallah suadara Abrar menjadi penghuni Syurga,
Tergolong dalam golongan para Syahid.
Moga dikau menunggu kami bersama Rasulullah Sollallahu A'laihi Wa Sallam di pintu Syurga.
Allah.

#DoaUntukMH370 #DoaUntukResultSPM

Mar 13, 2014

Wordless #3 : Even in sadness i'm happy.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Hehehee. Tak tahu kenapa bila setiap kali tengok gif ni mesti gua gelak. Hm. Bhahahahahha.Hm. Bhahahahahaaa. Haa macam tu la gua akan gelak. Mihmihmihmih.

Daripada apa yang miza dapat faham dalam ni, walaupun kita ada masalah yaa macam hidung hilang. Eh boleh ke gitu ? Hahaa. Kita tetap masih boleh senyum dan ketawa. Boleh jadi awek muda tau kalau rajin senyum. Serious. =D

Boleh sedih, sebab tu hak kita sebagai manusia kan ? Tapi jangan dilayankan sangat kesedihan tu. Kalau miza, miza lebih suka menangis bila ada masalah. Wallahu A'lam. Ehee. Peace. (").(")

P/S : Perghh sejak-sejak ni mood blogging dah ke laut ~ Semua benda rasa malas gila nak buat. Lebih kepada tidur. Maybe sebab minggu depan result SPM nak keluar dah. Doa dan terus berdoa buat semua calon SPM 2013 peroleh keputusan yang cemerlang dan doa buat MH370 sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Aamiin. 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam

Mar 7, 2014

Hala tuju lepasan SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

 
Matriks
-Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
-Nak masuk susah (Contra)
-Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
-Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
-Kurang praktikal (Contra)
-Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
-Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
-Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)
Asasi / Foundation
-Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
-Nak masuk susah (Contra)
-Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
-Kurang praktikal (Contra)
-Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)-Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
-Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)
Diploma 
-Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
-Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
-Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
-Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
-Pembelajaran lebih relax. (Pro)
-Mungkin melekakan. (Contra)
-Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.
Tahmidi (USIM)
-Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Aku pun tak berapa tahu. Tapi apa yang aku tahu, ianya sama macam matrikulasi dan asasi.
-Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
-Perlu power bahasa arab.
Form 6 (Pra-U) 
-Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
-Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
-Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
-Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
-STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
-STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
-STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).
Sijil
-Pra- U (Contra)
-Sijil boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
-Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung -Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
-Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.

Sumber : Group 1996.



P/S : Kadang miza sendiri bingung. Mana tahu yang sudi kongsi pengalaman or nasihat dipersilakan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kawan-kawan semua.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam