May 28, 2014

Niatkan diri nak balas jasa ibu ayah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Ehh ni bukan abah miza ye. Credit kt kawan-kawan fb yang share benda ni. ^^"
Maaf semua sebab tak bagi tahu pun miza sambung belajar kat mana. Alhamdulillah miza dapat tawaran UiTM, Arau Perlis dalam course Sains Geomatik. InsyaAllah nanti miza akan bagi tahu kenapa miza pilih course tu dan apa itu sains geomatik.

Memandangkan minggu depan dah lapor diri, 7 Jun 2014 sebab Perlis jadi tuan rumah Sukma. InsyaAllah gerak dari Johor ke Perlis hari Jumaat (6 Jun 2014) pukul 9 malam naik bas sebab ibu ayah tak dapat hantar. Tak apa la kan. Belajar berdikari. Lagi pun ada abang dan paling penting Allah sentiasa bersama :') Doakan miza ya kawan-kawan.

Miza harap terutamanya buat diri miza sendiri bila dah belajar jauh, telefon mak ayah bukan semata-mata nak minta duit. Dan insyaAllah cuba sedaya upaya untuk berjimat. Kita tak tahu dalam kita bersenang, bergembira, berenjoy mereka sanggup mengikat perut, membanting tulang demi kita. Demi ingin melihat kita berjaya. Allah :'(

Mana yang niat nak masuk U tu nak cari jodoh ke apa ke. Tangguh dulu. Balas jasa mak ayah. Percayalah kalau kawin sebelum kerja entah sempat atau tak ibu ayah kita nak merasa hasil duit, hasil gaji kita.

Mari kawan-kawan kita betulkan niat kita untuk pergi belajar kerana ALLAH. Untuk mencari keredhaanNya. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan kita dan memberikan kita kejayaan yang cemerlang dalam redha dan keberkatanNya. Aamiin. 

Redha, restu, kebertan dari ibu bapa sangat penting kerana di situlah letaknya redha, keberkatan dan restu Allah. Sebelum berangkat jangan lupa peluk, cium ibu ayah kita. Minta redha, keberkatan dan restu. Minta maaf dan minta mereka doakan kejayaan kita.

Mari kita berazam untuk balas jasa mereka. takbir. Allahhuakbar ! :'))

*Peingatan buat diriku terutamanya.


Pesan imam Al Ghazali, tanda-tanda seorang anak tu nak ke arah menjadi anak derhaka, apabila mak yang mulakan dulu menghubungi dan tanyakan khabar anaknya.

Nauzubillahminzalik

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam

May 22, 2014

Simple as me.


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Semalam miza pergi bandar untuk jelaskan yuran pengajian for further study. So just decide to wear t-shirt lengan pendek tutup dengan cardigan, tudung bawal simpang tepi and track suit. Kadang paling cikai pakai tudung sarung je. Siap. Tu pun ibu cakap lambat, cerewet, etc -_-" Hahaa.

Punya lah lama dekat bank islam. Yela masing-masing nak sambung belajarkan ? Tak apa sabar. Kesian juga dekat ibu sebab sakit kaki, umur ibu pun semakin dimamah usia. Alhamdulillah nasib ada abang yang tolong sikit sebanyak uruskan ni semua.

Dah siap urusan kat bank pergi mall pula. Dipendekkan cerita dah siap cari barang jumpa seorang makcik ni. Makcik tu tegur sambil pegang-pegang my track suit 

"Kenapa tak pakai baju kurung ? Ni pakai sluar track baju t-shirt. Tunjuk la ciri-ciri kewanitaan"
Ok pinee makcik ni dengan anak-anak dia memang pandai bergaya. :))

Then makcik ni pandang my kaki and say "Pakai stokin dengan selipar macam ni dah macam orang megandung"

What ?! Hm. Kaki pun auratkan bagi seorang perempuan ? Dalam islam pun dah gariskan aurat perempuan ialah seluruh anggota kecuali muka dan pergelangan tangan. Tak apa lah. Miza tak ambil hati pun. Pujuk hati supaya sentiasa 'husnuzon (bersangka baik)'.

Seriously jujur miza cakap, miza memang tak reti bergaya, dress up, pakai shawl ni semua. Lagi satu, miza jenis orang yang kalau nak beli sesuatu macam baju, etc mesti fikir ibu dulu. Tipulah kalau miza kata miza tak teringin nak pakai macam perempuan, muslimah lain. 

Sekrang ni duit tu duit ibu. Not my money. Selalu pujuk hati buat masa sekarang ni fokus belajar. Niat nak balas jasa ibu ayah yang dah banyak korbankan wang ringgit sejak miza lahir hingga kini. InsyaAllah bila dah ada career, pendapatan sendiri. Barulah nak beli itu beli ini. Selagi ada baju kakak yang tak muat tu. Tulah baju miza. *Cheer*
Mengapa mencari perhatian manusia kalau kita sentiasa menjadi perhatian Allah ?
Muhasabah diri. Check niat. Betulkan niat. Kata nak cari redha Allah ? Tapi kenapa masih menagih perhatian dan pujian manusia ? Astghfirullahalazim TT_________TT
Hawa,
Takpa. Belajar slow-slow.
Labuhkan Tudung Bawah Dada dulu.
Cuba pakai Stokin.
Cuba pakai Handsock.
Paksa diri.

Lama-lama nanti yang tak biasa tu yang jadi biasa. Tak percaya ? 
Cubalah dulu 
:)
InsyaAllah 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.